Peluang Untuk Dai'e IlaLlah

Tugas atau tanggungjawab menyampaikan dakwah bagi setiap dai'e @ dai'eyah IlaLlah bukanlah hanya pada tempat-tempat tertentu, untuk orang-orang atau peribadi tertentu, untuk badan-badan atau organisasi atau parti tertentu. Tetapi tugas atau tanggungjawab menyampaikan dakwah ini meliputi semua yang disebutkan tadi. Sebab itu bangsa Melayu di tanah barakah ini terkenal dengan kehebatan yang tiada tandingannya dalam segenap segi kehidupan.

Bangsa Melayu ketika dahulu, pada zaman nenek moyang kita dahulu, mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan dakwah kepada anak-anak kecil, remaja dan juga orang dewasa. Tetapi hikmah dakwah yang telah ditunjukkan oleh mereka yang terdahulu itu seolah-olah sudah tiada di dalam kamus kehidupan bangsa ini. Sedangkan bangsa Melayu ini suatu ketika dahulu merasa izzah (mulia) dengan risalah Islam, Deen yang diyakini ini.

Mereka tidak mudah mengikut arus kemajuan yang jauh dari akta Allah. Bagi mereka, kemajuan bangsa adalah terletak pada sejauh mana pegangan ummah ini dengan solat, al-Quran, zikir, ziarah kubur "bagi mengingatkan diri pada kematian", ziarah orang soleh, melakukan dan melaksanakan segala bentuk kebajikan, ringan tulang dan bebas diri dari segala jenis amal yang bertunjangkan kepada riya', takabbur dan semua sifat mazmumah.

Kerana itulah bangsa Melayu pada zaman dahulu gah namanya seantero dunia. Megah dengan panji Islam yang berkibar mengikut angin zaman tetapi tidak mengikut arus kebatilan. Meraikan semua kehendak manusia dengan bersyarat, iaitu tidak melanggar syariat Allah yang tertera di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Dakwah ini sentiasa mengharapkan lahirnya rijal yang mampu memikul beban dakwah dalam segenap segi kehidupan, tidak menjurus kepada sudut-sudut tertentu sahaja. Dan dakwah ini sifatnya sentiasa bergerak melampaui garis sempadan perbatasan yang dicipta oleh manusia, jika dai'enya tinggal berhampiran dengan masyarakat tertentu, dia sentiasa mencipta peluang yang terbaik agar masyarakat berhampirannya memperolehi kebaikan yang ada di dalam Islam. Dia pasti akan menggunakan peluang yang ada dengan penuh kasih sayang. Tidak terlalu gopoh dan berusaha untuk memadamkan api kejahilan yang sentiasa membakar disekelilingnya.

Ya Allah, golongkanlah kami di dalam golongan orang-orang yang menyampaikan dakwah seperti sahabat yang bernama Mus'ab Bin Umair dan lainnya.

Kami Mahu Upah Dari Allah

Tajuk di atas benar-benar mencuit hati kecil saya takkala mana mendengar tazkirah berupa sentuhan iman yang disampaikan oleh YDP ISMA Kelantan Ustaz Sharipudin Ab. Kadir di dalam salah satu pertemuan. Beliau menghuraikan tajuk tersebut secara mendatar, tidak terlalu panjang, tidak juga terlalu pendek.

Gambar hiasan

Dengan buku "Langkah Bermula" (Al-Muntalaq) yang berada ditangannya sebagai rujukan, beliau mengupas tajuk di atas tadi dengan menyentuh situasi dai'e yang kekadang leka dengan kemampuan diri, terpaut dan terpesona dengan hasil yang dituai membuatkan seseorang dai'e khususnya "orang muda" atau yang sudah "terlalu lama" cepat terbuai dengan amal kebaikan yang tidak berganjak.

Amal kebaikannya hanya sekadar mengisi masa dan peluang yang ada. Tidak berojektif atau tidak ada anjakan perubahan dalam amal. Membuatkan amal kebaikannya dilaksanakan berdasarkan kemampuan diri sendiri yang dia tahu. Sedangkan jika amal kebaikannya diprogramkan mengikut asas-asas dakwah seperti dai'e yang lain dari ikhwan ISMAnya maka sudah pasti kita akan dapat melihat kemahiran dirinya semakin maju ke depan.

Dai'e itu pasti dan sememangnya mampu untuk menggunakan segala bentuk kemampuan diri yang ada padanya untuk mengesani manusia dengan ruh iman. Membina generasi baru yang mempunyai matlamat dalam segala gerak kerja kehidupan. Samaada kerja yang berbentuk mengisi hajat diri sebagai manusia atau amal yang menjuruskan kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Gambar hiasan

Kafilah manusia dagang yang sudah ditiupkan dan dibina ruh iman dalam diri mereka ini dengan melaksanakan segala perkara yang berkaitan dengan ketaqwaan, keimanan dan ketaatan diri kepada Allah di bawah seliaan, tunjuk ajar dan bimbingan dari dai'e yang mempunyai objektif yang jelas sudah pasti mudah untuk diprogramkan di dalam golongan orang-orang yang bersiap diri untuk bertemu dengan Allah.

Ketika itu kita akan melihat golongan mujahidin ini mempunyai tindak tanduk yang luar biasa dan menghairankan manusia sekitarnya kerana kemampuan diri mereka digunakan sebaik-baiknya untuk mengajak diri, ahli keluarga dan masyarakat setempat ke arah pengabdian diri kepada Allah secara bersahaja, tidak menekan dan tidak juga terlalu lembut.

Inilah manusia yang hidup dengan mendapat cahaya petunjuk Rabbani. Mereka sentiasa berhubungan dengan Allah. Mereka meletakkan diri mereka di bawah naungan al-Quran. Melaksanakan segala arahan wahyu, mendidik diri akur dengan apa yang telah digariskan oleh Allah melalui al-Quran (KitabNya), Hadith (rujukan kedua selepas al-Quran) dan juga sunnah Sohaabah yang agung. Mereka menilai diri mereka mengikut cara mereka yang tersendiri. Mereka inilah generasi harapan dan warisan para Rasul, Anbiya', Sahabat dan Salafus Soleh.

Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: "Jadilah kamu 'Rabbaaniyiin' mengikut sebagaimana yang ada di dalam kitab daripada apa yang kamu pelajari".

Oleh itu amat jelas di sini dai'e yang mempunyai jiwa yang benar-benar bersih dan diprogramkan melalui objektif "Membina Generasi Harapan" sahaja yang mampu kedepan dengan penuh tanggungjawab. Baik terhadap dirinya, keluarganya atau masyarakat setempatnya.

Pendek kata kemampuan mereka menguasai diri (memerintah diri) mengikut acuan iman yang sebenar dan kefahaman yang jelas sahaja akan dapat men"tahqiq"kan (merealitikan) konsep Kami Mahu Upah Dari Allah. Adapun sebaliknya... jika sebaliknya... amal kebaikannya akan berhasil sekadar untuk kepuasan diri dan tetap akan mendapat pahala dari Allah. Tetapi untuk membina generasi pewaris kebaikan, ianya amat jauh.

Moga artikel ini memberi manfaat, khususnya untuk diri saya sendiri dan mereka yang mahu memajukan diri dengan iman.

Nasyid Maarikana


سنخوض معاركنا معهم

We’ll take our fights with them


و سنمضي جموعا نردعهم

We’ll go as groups to stop them

و نعيد الحق المغتصب

We’ll return our slain rights (territories)

و بكل القوة ندفعهم
With all force we’ll push them out

سنخوض معاركنا معهم

We’ll take our fights with them

و سنمضي جموعا نردعهم
We’ll go as groups to stop them

ونعيد الحق المغتصب
We’ll return our slain rights (territories)

و بكل القوة ندفعهم
With all force we’ll push them out

بسلاح الحق البتاري
By the weapon of truth (meaning that they are the people who have the right, the right will always go back to its owners one day, no matter how long wrong lasts)

سنحرر ارض الاحراري
We’ll free the land of the frees (meaning that their dignity always made them free)

و نعيد الطهر الى القدس
We’ll return the pureness of Islam to Al-Quds (meaning it wasn’t pure under non Muslim leadership)

من بعد الذل و ذا العاري
After our weakness our humiliation

و سنمضي ندك معاقلهم

We’ll carry on bring down their fortresses

بدوي دائما يقلقهم
With strong sounds that will scare them

و سنمحوا العار بأيدينا
We’ll erase our humiliation by our own hands

و بكل القوة نردعهم
With all force we’ll stop them

لن نرضى بجزء محتل
We’ll never accept a slain part of our lands

لن نترك شبرا للذل
We’ll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.

ستمور الارض و تحرقهم
The Earth will burst in flames and burn them

في الارض براكين تغلي
In Earth there is volcanoes that are boiling (he’s pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain rights taken)

Hasem, Kota Belud..

Memang DIA Nak Bagi Rezeki


Terima kasih pada semua yang meluangkan masa mendoakan isteri saya baru-baru ini. Alhamdulillah kami dikurniakan anak yang ke 4 juga (perempuan). Isteri saya selamat melahirkan anak melalui pembedahan pada hari rabu jam 4.21 petang, 4.6 kg (besarnyaaa, kata rakan2 dakwah) Tepat waktu 2 minggu almarhumah ustazah Nazirah (Pembimbing isteri saya) kembali ke rahmatullah.

Moga zuriat ini juga akan menjadi solehah seperti pembimbing isteri saya almarhumah ustazah Nazirah.... Dan.. itulah pengganti serta pewaris kepada dakwah ISMA di bumi Kelantan ini insyaALlah.

Buat masa ini saya tidak dapat meletakkan lagi gambar anak saya yang ke 4. Disebabkan masa yang terbatas, ala kulli hal... moga Allah balas jasa semua atas doa yang dipanjatkan... Tahniah yang disampaikan, ziarah yang tak disangka,, panggilan yang tak putus-putus, juga sms yang bertalu-talu... jumpa lagi

Doakan Kami

Mohon semua yang mengenali saya, isteri dan keluarga agar dapat mengambil masa selama 2-3 minit hari ini berdoa kepada Allah agar isteri saya dipermudahkan urusan melahirkan bayi yang ke 4. InsyaAllah petang ini pembedahan akan dilakukan kerana anak dah membesar dalam perut 3.5kg.

Doakan zuriat ini tergolong di dalam golongan soolihiin, taaibiin, muttaqiin, mu'miniin, soobiriin, munfiqiin, mustghfiriina bil ashar, rokiin, saajidiin, hafiziina lihududillah, zaakiriinallaha katsiira, mujaahidiina fi sabilillah dan... Doa orang soleh/ah seperti kalian tidak akan disia-siakan Allah insyaAllah. Jazakumullahu Khairal Jaza'.

Takziah Buat Ustaz Osman Mohd Noor


Al-Baqo'u lillah... (Yang Kekal Hanyalah Allah) itulah di antara sms yang sampai kepada saya selepas mendapat berita pemergian seorang mujahidah dakwah ISMA al-marhumah ustazah Nazirah. Panggilan telefon bertalu-talu, kotak inbox h/set penuh dengan mesej-mesej pertanyaan dan ucapan takziah. Ada yang sempat saya balas, ada yang sempat saya jawab panggilan dan ada yang tidak sempat dijawab kerana beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan.


Gambar Ustaz Osman suami al-Marhumah Ustazah Nazirah sedang
menghulurkan jenazah dan disambut oleh saya serta abang sulong al-Marhumah.

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un... (kita dari Allah dan kepadaNya kita akan kembali) itulah antara ucapan yang meniti dibibir rakan dakwah ISMA ketika mana mendapat berita yang mengejutkan ini. Ya, kematian adalah satu perkara yang menggemparkan, mengejutkan dan membimbangkan. Soalnya sekarang... kita, bilakah lagi?

Kata-kata Hikmah menyebut, “Ma min waraa Rajulin Azimin, illa wa ma’ahu imra’atun tasyuddu azrahu, Ummun kanat am Zaujah” (Tidak ada dibelakang seorang lelaki yang hebat, melainkan ada disana wanita yang memberi dokongan kepadanya, samada ibunya atau isterinya). Apa yang saya tanggap, ustazahlah orangnya wanita yang mendokong Ustaz disepanjang perjuangan beliau sejak awal perkahwinan mereka lagi.

Suatu hari beberapa wanita Ansar ra. berbual sesama mereka. Mereka cemburu melihat suami-suami mereka mendapat fadhilat berperang di jalan Allah sedang mereka hanya tinggal di rumah, mengurus hal ehwal keluarga dan Dakwah dalam negara. Akhirnya mereka sepakat untuk mengadu kesedihan ini kepada Rasulullah saw.

Rasulullah saw mengatakan , “Kamu dapat apa yang suami-suami kamu dapat“. Ya, para isteri mendapat ganjaran Jihad fi Sabilillah yang diperolehi suami-suami mereka. Bahkan mereka mendapat ganjaran Syahid, jika suami-suami mereka mendapat Syahid, walaupun mereka masih hidup dan tidak berpeluang ke medan Jihad.

Moga Al-Marhumah ustazah Nazirah mendapat kesemua ganjaran perjuangan suami dan teman-temannya. Moga doa saya ke atas Al-Marhumah ditakbir ke 4 dalam Solat Jenazah juga diperkenan Allah “Allahumma la tahrimna ajraha. Wala taftinna ba’daha. Wagh firlana walaha” (Ya Allah. Jangan Engkau halang pahala Al-Marhumah (dari mengalir kepada kami). Jangan Engkau duga kami selepas ketiadaan Al-Marhumah. Ampunilah kami dan Al-Marhumah). (rujukan dalam blog inijalanku.wordpress.com)

Semoga ruh al-marhumah ustazah Nazirah ditempatkan bersama para syuhada', solihin, muttaqin, Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Saya mengucapkan takziah setulus hati (dari lubuk hati yang dalam) kepada ustaz Osman (Suami al-Marhumah) atas ketentuan ini. Moga beliau tabah dan sabar mengharungi dugaan hidup bersama 2 anak tercinta (Khaulah dan Affaf).

Ucapan terakhir saya di dalam blog ini kepada Ustaz Osman adalah apa yang diajar oleh Allah swt melalui RasulNya di dalam Hadis, “Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a’tho. Wa kullu syai’in indahu bi ajalim musamma. Fasbir wala tahtasib” (Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu” (Hadis Takziah). “Al-Baqa’ lillah” (Sesungguhnya kekal itu hanyalah Allah swt semata-mata). Rujukan : Majmu’ah Ar-Rasail Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna.

Perginya Seorang Mujahidah Dakwah ISMA

Sedih hati sehingga ke pagi ini 16/10/09 (jumaat) masih lagi menyelubungi jiwa saya atas pemergian seorang mujahidah dakwah ISMA Kelantan al-marhumah Ustazah Nazirah binti sidik. Beliau dilahirkan pada 12/06/1981. Hari ke enam selepas saya dilahirkan (06/06/1981) - namun dalam umur yang sama dan sedikit (muda hari) dari saya beliau pergi bertemu Allah dalam keaadaan hati yang penuh redha... Moga Allah redha juga padanya atas pertemuan ini.

Gambar almarhumah ustazah Nazirah Binti Sidik
di barisan belakang sekali sebelah kanan sedang mendukung anaknya.

Sememangnya masa saya amat terbatas untuk menulis tentang peribadi almarhumah yang boleh dicontohi. Namun cukup saya memberi berita gembira bahawa beliau mengakhiri hidupnya dengan amal yang cukup baik. 2 hari sebelum kematian beliau telah meluangkan masa bersama isteri saya dan juga akhawat ISMA yang lain di dalam (halaqoh imaniyyah) perkumpulan yang membina iman. Beliau juga telah menghantar (SMS) sistem khidmat pesanan ringkas melalui telefon kepada isteri saya tentang MABIT singkatan kepada (Malam Bina Iman & Taqwa) anjuran ISMA untuk akhawat di Kampung Bukit Temalong, Bachok Kelantan. Beliau juga amat berkeinginan untuk membuat pertemuan seterusnya dengan isteri saya di rumah saya pada hari khamis minggu depan.

Tetapi takdir Allah mengatasi segalanya... akhirnya beliau bertemu Allah sepertimana yang telah dikehendakiNya dalam keadaan mulutnya tidak berhenti mengucap kalimah Allah... Allahhh... Allahhhh .. sakit (akibat rempuhan kemalangan) Allah... Allah... Allah sehingga beliau bertemu Allah dalam keadaan tenang di HRPZ ii Kota Bharu. Berita selanjutnya sila layari blog ismakelantan.blogspot.com

InsyaAllah jika ada waktu... saya akan menyambung lagi penulisan saya.... hati ini masih lagi menangis sedih atas pemergian seorang akhawat fillah... salah seorang teman rapat isteri saya... Yang Kekal Adalah ALlah...

Nota: tergesa2 sedikit kerana nak kena gi ambil isteri yang baru habis program MABIT

Eid Mubarak - Tahniah Buat Mujahidin

Hari ini adalah hari ketiga ummat Islam di Malaysia menyambut Eidul Fitri 1430H. Selamat menyambut hari raya fitrah dari saya untuk semua. Semoga segala amal... Segenap pengorbanan dan ketaatan diri pada Allah adalah milik semua mujahidin.

Ya, Mujahid di dalam berpuasa, membaca al-Quran, solat jemaah, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, tahajjud, dhuha, terawih, witir dan iktikaf 10 akhir... Sekalung tahniah untuk mujahidin yang menyiapkan dirinya dengan amal itu tadi... Tidak dilupakan juga amalan lain yang mengukuhkan lagi hubungan rapat sekalian mujahidin dengan Allah Azza Wa Jalla.

Gambar hiasan

Sejarah ummat terdahulu yang begitu hebat... mengharungi puasa Ramadhan dengan suasana perang dan berdakwah (mengajak diri dan manusia sekitarnya) kepada Allah s.w.t wajar di pandang serius, kerana bulan barakah yang telah berlalu ini mengajar seribu erti kehidupan dan hubungan... hubungan manusia dengan Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Qiyaamah, dan Qodho' Qodar. Sesungguhnya Ramadhan yang berlalu adalah bulan asuh diri dan bulan membina baathiiniyyah ummat dalam mengharungi 11 bulan yang akan datang.

Sememangnya bulan merubah diri ini mengajar erti yang pelbagai kepada setiap insan beriman, (khususnya kepada sekalian Mujaahidiin) ia melalui pelbagai bentuk tarbiyyah (bimbingan) yang sesuai dengan tahap keimanan, ketaqwaan dan ketaatan diri kepada Allah Robbul 'Alamiin. Tahniah buat mereka yang beroleh kelebihan malam lailatul Qodar, tahniah buat mereka yang penuh sabar menghadapi segala mehnah (ujian) dan ranjau duri pujuk rayu hawa nafsu. Sesungguhnya sijil taqwa telah disediakan oleh Allah Azza Wa Jalla buat mereka yang layak.

Ayuh sekalian Mujaahidiin...!!! masuklah kalian ke dalam syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dikhususkan untuk mereka yang berpuasa. Sememangnya kalian layak memasuki pintu ini kerana ianya hanya dikhususkan untuk mereka yang suci jiwa, bersih hati, tinggi taqwa dan benar puasanya.

Buat rakan-rakan Mujaahid di sekitar Baitul Maqdis (al-Aqsa)... kehidupan kalian sepanjang Ramadhan dicemburui kami... Kalian bersahur dan berbuka dengan bedilan peluru hadiah dari musuh durjana. Tetapi kalian masih tersenyum bangga kerana dianugerahkan nikmat berpanjangan, manis kehidupan di dunia dan akhirat (insyaallah) tanpa hisah dari Allah Azza Wa Jalla. Teruskan perjuangan untuk membebaskan tanah warisan pusaka Nabi dan Rasul. Kalian adalah duta kami... Dan kami akan tetap meneruskan sumbangan kami untuk kalian melalui doa, sumbangan derma dan segalam macam bentuk yang kami mampu. Tahniah dari kami untuk kalian...

Moga kita semua dapat bertemu di syurga Tuhan...

Kullu 'Aam Wa Antum Aqrobu ILaLlah

Taqobballallahu Minna Wa Minkum

Eid Mubarak 1430H

Peluang Beriktikaf Belum Berakhir


Selamat beriktikaf sehingga ke akhir ramadhan... itulah harapan diri dalam mengakhiri bulan ketaatan dan ketaqwaan ini. sesungguhnya peluang yang datang setahun sekali ini wajar disempurnakan sebaik-baiknya.

Bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan urusan kehidupan yang tidak habis-habis, inilah peluangnya... rehatkan minda, rehatkan tubuh badan, rehatkan urat darah, rehatkan pendengaran, penglihatan, mulut dan deria rasa yang lain.

Peluang ini masih berbaki lagi selama 5 hari, bagi mereka yang sudah beriktikaf sejak malam ke 20 lagi, usah berputus asa atau futur, kerana sememangnya anda adalah orang yang dipilih oleh Allah untuk mendapatkan kasih sayangNya.

Bagi yang belum lagi merebut pahala iktikaf, masih ada waktu yang sedikit untuk anda bermuhasabah diri merebut cinta kasih Tuhan.

Gambar hiasan

Keseronokan beriktikaf tidak dapat diungkapkan di sini kerana ia berbentuk perasaan dalaman. yang pelbagai. Tetapi keseronokan berbuka puasa bersama, solat jemaah bersama, solat "taroowiih" bersama, solat tahajjud bersama, berdoa bersama, membaca al-Quran bersama, berzikir (membaca mathurat) bersama, mendengar tazkirah bersama, berbincang ilmu-ilmu agama bersama dan berbagai bentuk kebersamaan menghilangkan rasa resah kehidupan yang penuh dengan onak ranjau halangan.

Malah anak-anak kecil berumur 5 tahun pun turut kelihatan bersama ibu bapanya menghidupkan malam-malam 10 akhir dengan ketaatan diri kepada Allah. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai anak soleh, yang dididik dibimbing sejak kecil untuk menjadi pewaris kepada kebaikan agama yang telah dilakukan oleh ibu bapanya.

Saya sendiri cukup terharu bilamana seorang tukang kebun di sebuah syarikat menunjukkan kepada saya baki 2 juzu' lagi bacaan al-Quran untuk dikhatamkan. Pengalaman berinteraksi dengan beberapa orang lama (istilah penghormatan untuk mereka yang sudah berumur, atau lebih tua dari saya) yang bertaubat sungguh menyeronokkan. Pelbagai kisah hidup disingkapkan untuk berkongsi rasa dan mendengar pandangan serta sentuhan iman untuk diri.

Sesungguhnya setiap kali musim iktikaf datang, pelbagai pengalaman dakwah, dapat dirasakan. Inilah yang kita cari, peluang merebut amal yang tidak boleh dipersiakan, apatah lagi dipandang sebelah mata. Pengalaman berdakwah kepada anak-anak kecil yang banyak ragamnya, adik-adik remaja yang singkat pemikirannya, pemuda-pemudi yang ingin bebas seperti burung di angkasa raya dan juga orang-orang dewasa yang sanggup bersengkang mata bertanya itu dan ini menimbulkan rasa cinta yang tidak boleh diungkap kata sepanjang beriktikaf.

Gambar hiasan

Rugilah mereka yang hanya menghidupkan iktikaf tanpa berbicara dengan manusia sebegini rupa. Kerana iktikaf itu sebenarnya ialah menjalinkan hubungan yang cukup intim dengan Robbnya, melakukan segala sunnah rasulnya, melaksanakan tanggungjawabnya sesama manusia, merungkai segala bentuk kekusutan jiwa bermula dari akal pemikiran, hati yang menilai, urat darah yang beku, seluruh sendi yang sudah lama tidak bergerak untuk berdiri malam sepertimana Rasulullah S.A.W yang menghidupkan setiap malam sepanjang hidupnya dengan 8 rakaat solat sunat dan 3 rakat witir.

Gambar hiasan

Ayuhlah sekalian mujahidin, hidupkan iktikaf di rumah-rumah Allah, ditempat yang dilaungkan azan dan didirikan solat berjemaah, sesungguhnya peluang ini amat-amat berharga. Berdoalah, bacalah al-Quran, dirikanlah solat, berilah sedekah, merayu dan mengadulah pada Tuhan, letakkan segala pengharapan hanya padaNya dan hujanilah mihrab dengan tangisan sebanyak-banyaknya, agar dengannya, kita semua selamat dari azab siksaNya, samaada di dunia, atau di akhirat, ketika nazak, di dalam kubur, di padang mahsyar, ketika meniti titian sirat dan jauhlah diri dari azab neraka.

Bebaskanlah masjid al-Aqsa dengan senjata yang tidak ada tuannya... senjata doa yang amat menggerunkan musuh durjana, dan segala laknat pasti akan diturunkan buat mereka yang menentang, menolak dan tidak mempedulikan nasib saudara seagama di Palestin, Iraq, Chehcnya dan di tempat-tempat lain...

Saudara/i pengunjung setia... doakan kebaikan taat diri pada Allah untuk saya...

Suara Ramadhan


6 Ogos 2009, hari ini selepas solat maghrib, bertempat di surau Abdur Rahman Bin Auf Taman Desa Rimbunan, Peringat, Kota Bharu, insyaAllah saya akan menyampaikan ceramah ramadhan sempena beberapa hari lagi kita akan menjadi tetamu Allah pada bulan yang penuh keberkatan tersebut.

Kepada semua pengunjung dijemput hadir agar diri kita tergolong di dalam golongan orang-orang yang bersiap sedia untuk membina ketaatan sebanyak-banyaknya pada bulan al-Quran nanti.